JAKARTA – Seorang pemilik rumah di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mendedahkan kediamannya musnah akibat ditimpa pokok kelapa yang ditanam oleh jiran, lapor portal berita Lambe Turah.
Perkara itu dikongsikan di platform TikTok oleh akaun @hermabolo3.
Rakaman video dimuat naik di platform sama menunjukkan bumbung rumah roboh dengan serpihan bertaburan di atas lantai.
Menurut pemilik, rumah itu baru dibina beberapa bulan selepas dua tahun mengumpul wang.
“Pokok kelapa jiran tumbang. Mereka yang tanam tetapi kami ‘menikmati’ hasilnya,” demikian menurut keterangan video itu.
Lebih mengejutkan, jiran mereka enggan membayar ganti rugi.
Hantaran itu mencatatkan lebih 443,800 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Sepatutnya bayar ganti rugi!” kata seorang netizen. – AGENSI














