fbpx
DUA budak lelaki duduk di atas but kereta Porsche. Foto @premroymotoring/TikTok

2 budak duduk di atas but Porsche dipandu lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Satu klip video yang dirakamkan di Dairy Farm Walk berhampiran Bukit Panjang, Singapura memaparkan dua budak lelaki duduk di atas but sebuah kereta Porsche yang sedang bergerak, lapor portal berita MSNews semalam.

Dua kanak-kanak itu turut memegang aksesori kereta seperti sayap belakang kenderaan itu dan membiarkan kaki mereka terjuntai.

Kereta sport itu kemudian bergerak dengan kelajuan sederhana.

Sementara itu, dua wanita dilihat berdiri di tepi jalan dan salah seorang daripada mereka  dipercayai merakam aksi tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Dalam satu lagi rakaman video yang kini telah dipadam dan dimuat naik ke platform TikTok oleh pengguna yang menggunakan akaun @premroymotoring, seorang lelaki dilihat berdiri di sebelah kereta sama sambil mengucapkan ‘Happy Diwali’.

Kereta Porsche itu kemudian bergerak meninggalkan tempat kejadian dengan kedua-dua budak masih di atas but  dan lelaki yang sama dipercayai sedang memandu.

Sebagai maklum balas terhadap pertanyaan MSNews, polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat berhubung insiden tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI