fbpx
Anwar bersalaman dengan Mufti Agung Mesir, Prof Dr Nazir Mohammed Ayyad ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, Presint 16, di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

1,000 jemaah solat Jumaat bersama Anwar di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di Surau al-Quddus, Presint 16, Putrajaya di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.05 tengah hari disambut Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil dan jawatankuasa surau.

Anwar bersama jemaah kemudian turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Menabur Bakti Menuai Syurga’ disampaikan oleh Ahmad Fauwaz.

Isi kuthbah antara lain mengingatkan jemaah bahawa warga emas ialah sumber keberkatan dan doa dan memuliakan mereka bukan pilihan, tetapi perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Menurutnya, tanggungjawab berbakti tidak terhad kepada anak-anak semata-mata, tetapi tanggungjawab seluruh masyarakat agar tiada insan tua dibiarkan hidup sendirian.

“Jadilah umat yang menabur bakti dan menebar kasih, kerana setiap kebaikan sekecil apa pun akan kembali kepada kita sebagai ganjaran di sisi Allah SWT,” katanya.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN