fbpx
Rakaman 'dashcam' yang memaparkan kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Baru, Balik Pulau, petang tadi.

[VIDEO] Tiada mangsa terlibat tanah runtuh di Balik Pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Tun Sardon (Jalan Bukit Baru) di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.56 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dibantu BBP Paya Terubong. Berlaku runtuhan tanah dari bukit ke jalan raya, namun tiasa kenderaan terperangkap bawah runtuhan dan tidak melibatkan mangsa.

“Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok tumbang dilaksanakan dan lokasi kejadian dalam keadaan terkawal. Kes diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sebentar tadi.

Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling semasa memandu terutama di kawasan cerun bukit.

Terdahulu, tular satu video dari rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang memaparkan kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Baru, petang tadi.

Kejadian berlaku ketika banyak kenderaan melalui jalan berbukit tersebut dan kelihatan penunggang motosikal sempat berhenti di laluan bertentangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN