fbpx
Mohamad Fareeez Anaqi diselamatkan oleh seorang lelaki ketika banjir melanda di kawasan Taman Larah Damai, Changkat Larah di Kamunting semalam.

[VIDEO] Lapan PPS kini dibuka di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi hari ini menyebabkan sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini melibatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat pukul 10 malam tadi.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), kesemua PPS beroperasi di daerah Manjung serta Larut, Matang dan Selama, dengan pemindahan dijalankan secara berperingkat sejak pukul 7.30 malam tadi.

“Di Manjung, dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis dan SAR Padang Serai, Pengkalan Baru. “PPS SK Sungai Batu menempatkan kesemua 180 mangsa daripada 44 keluarga yang berasal dari Kampung Sungai Batu, Kampung Nelayan dan Kampung Parit Marikan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, di Larut, Matang dan Selama, enam PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Dewan Perdana Trong, Dewan Serbaguna Masjid Alwusta Batu 8, Masjid Ali Rouse dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

Bagaimanapun, katanya, setakat laporan diterima, tiada mangsa direkodkan di PPS berkenaan kerana proses pemindahan masih dijalankan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI