PETALING JAYA – “Inilah keadaan rumah yang kami beli 17 tahun yang lalu, terbengkalai sampai sekarang”.
Itu luahan rasa kecewa seorang lelaki yang terpaksa berputih mata apabila rumah dibeli sejak 17 tahun lalu masih gagal diduduki. Menurutnya yang menggunakan profil @Iezie di media sosial, jumlah bayaran yang dilakukan sepanjang tempoh itu adalah sekitar RM600 hingga lebih RM700 sebulan.
“RM600 ke lebih RM700 sebulan tetap berjalan sampai sekarang.. Macam-macam usaha telah kami lakukan tapi hampa semuanya,” katanya. Luahannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib dirinya itu.
“Saya dah 20 tahun terbengkalai. Dugaan rumah pertama pula, reda ja,” kongsi @Heryyy69.
“Mak ayah saya dulu 18 tahun juga tunggu. Lepas tukar kerajaan negeri, terus dia orang lawan turun naik mahkamah juga la ramai-ramai, barulah jalan. Tapi tu la dari umur 20-an beli sampai 40-an baru dapat duduk rumah sendiri. Sekarang umur 65 rumah tak habis bayar lagi,” ujar @Coqkeria.
“Saya pernah tengok sama kes macam ni. Rumah ‘landed’, nampak macam sama tapi tak tahu kalau tempat lain. Dia orang sekeluarga duduk juga (walaupun) terbengkalai. Suami dia buat sikit pasang tingkap sendiri lepas tu ada juga yang datang duduk macam dia orang juga,” komen @Mieka. – KOSMO! ONLINE
@ieziey7877♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92