PETALING JAYA – “Gangguan di pejabat Putrajaya. Dia lebih kepada menyamar atau menyerupa jadi orang dalam pejabat”.
Itu antara perkongsian seorang wanita berkenaan situasi menyeramkan yang berlaku di sebuah pejabat di Putrajaya.
Menggunakan profil @Zurakasih di media sosial, dia turut mendedahkan ‘usikan’ terbaharu berlaku ketika semua staf tiada di pejabat.
“Kejadian berlaku ketika semua orang tiada di pejabat. kotak disusun elok belakang dinding partition habis berterabur. Laci simpan fail ternganga dibiar terbuka. Tak pasti kerja siapa, tapi yang pastinya bukan manusia.
“Pejabat ni staf cuma ada 12 orang dan semua bukan suka main-main ‘prank’ ke apa. Ada banyak lagi kisah seram sebelum ni tetapi tiada bukti gambar atau rakaman,” dedahnya.
Pendedahan wanita itu mengundang pelbagai respons orang ramai, malah ada yang mempersoalkan tentang rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di pejabat berkenaan.
“Memang ada betul ganguan, tapi tulah cuba cakap-cakap sikit. Cakap semua orang ni datang nak bekerja je, jadi jangan kacau. Cuba kemas-kemas,” cadang @Sarahsalwani.
“Pasangkan ayat-ayat rukyah dan surah sepanjang waktu. Jangan lupa bakar bukhoor juga. Moga dipermudahkan,” komen @Nur Kasih.
“Tak ada CCTV ke?” soal @Jieha Pizza. – KOSMO! ONLINE
@kasihgoldputrajayaPart 1 Kejadian berlaku ketika semua orang tiada di pejabat. kotak disusun elok belakang dinding partition habis berterabur. Laci simpan fail ternganga dibiar terbuka . Tak Pasti kerja siapa tapi yang pastinya bukan manusia. pejabat ni staff cuma ada 12 org Dan semua orang yg bkn suka main2 prank ke apa. ada byk lagi kisah seram sebelum ni tetapi tiada bukti gambar atau rakaman . Dia lebih kepada menyamar atau menyerupa jd org dlm pejabat. next Part 2. ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound