BARCELONA – Skuad Barcelona meraih tonik terbaik sebelum mengharungi aksi El Clasico selepas menewaskan Olympiacos 6-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Olimpik, Lluis Companys awal pagi semalam.
Pada aksi tersebut, The Catalan tidak mempunyai masalah untuk menang besar hasil jaringan hatrik Fermin Lopez, Lamine Yamal dan Marcus Rashford (dua gol) sekali gus merekodkan kemenangan besar pertama dalam saingan UCL sejak 2016.
Pengendali Barcelona, Hansi Flick memuji barisan pemain yang bekerja keras sepanjang perlawanan untuk melakar keputusan yang cukup positif sebelum aksi getir menentang Real Madrid, minggu ini.
“Pada awal perlawanan, kita agak bergelut tetapi selepas menjaringkan gol pembukaan, segalanya nampak mudah dan saya gembira kita dapat meraih kemenangan penting,” katanya.
Sementara itu, Flick turut memuji impak Fermin yang meraih hatrik pertama dalam kariernya dan pemain termuda Barcelona yang meledak tiga gol dalam kancah UCL sejak Neymar pada tahun 2013.
“Prestasi Fermin semakin memuncak dan dia tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain yang lebih senior.
“Dia ada kepantasan dan bakat yang luar biasa. Saya percaya jaringan tersebut menaikkan semangatnya untuk catat rekod yang lebih baik pada musim ini,” katanya. – AGENSI