fbpx
HAALAND terus menjadi sandaran City apabila meledak satu gol ketika mereka menewaskan Villarreal awal pagi semalam. - AFP

UCL: Guardiola mula rasa bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VILLARREAL – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyeru agar barisan pemain tidak terlalu bergantung dengan penyudah Erling Haaland selepas menang 2-0 ke atas Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di tempat lawan itu, Haaland sekali lagi menunjukkan ketajaman apabila meledak gol ke-24 musim ini, manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh kapten, Bernardo Silva.

Kata Guardiola, prestasi memuncak penyerang antarabangsa Norway itu tidak perlu dipertikai, tetapi apa yang lebih penting pemain lain perlu memberi sokongan khususnya di jentera serangan.

“Saya teruja dapat melihat Haaland menjaringkan gol sekali lagi dan kali ini kita dapat lihat Silva mencetak nama selaku penjaring. Tandukannya persis apa yang pernah dilakukan oleh Messi kerana mereka berdua pemain yang memiliki fizikal kecil.

“Secara keseluruhan, saya teruja pasukan dapat meraih tiga mata penting ketika menentang Villarreal yang dianggap cukup kebal khususnya di gelanggang keramat mereka,” katanya.

Sementara itu, Guardiola tidak terkejut apabila pasukannya semakin konsisten selepas merekodkan sembilan aksi tanpa kalah dalam semua kejohanan musim ini.

“Apa yang membezakan pada musim lepas adalah kita kehilangan ramai pemain penting untuk tempoh yang panjang. Bukan mudah untuk beraksi setiap tiga hari dengan hanya 15 atau 17 pemain utama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI