fbpx
Treler yang membawa sisa elektronik, sekerap logam dan sisa plastik secara tidak sah di Bukit Selambau, dekat Sungai Petani semalam. - Gambar PGA

Tiga treler sarat e-waste, sekerap logam gagal ke gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Tiga lelaki ditahan kerana disyaki membawa muatan sisa elektronik atau e-waste, sekerap logam, sisa plastik dan mesin penghancur logam dianggarkan bernilai RM3.8 juta secara tidak sah menggunakan treler di Bukit Selambau, dekat sini semalam.

Ketiga-tiga warga tempatan berusia antara 36 tahun hingga 52 tahun itu ditahan dalam Op Hazard yang dilakukan oleh Cawangan Risik Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan bantuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak polis dari pukul 1 pagi hingga 6.45 pagi.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, pasukan operasi mengesan kegiatan membawa barangan tersebut secara tidak sah di kawasan berkenaan tersebut sejak seminggu lalu. Katanya, tiga lori treler jenis Volvo itu dikesan dalam perjalanan ke sebuah gudang.

“Hasil pemeriksaan terhadap tiga treler tersebut menemukan 60 beg jumbo sisa elektronik seberat kira-kira 60,000 kilogram (kg) dan 20 beg jumbo sisa sekerap logam anggaran berat 20,000 kg.

“Turut ditemui 19 beg jumbo sisa plastik anggaran berat 19,000 kg dan dua mesin penghancur logam menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 99,000 kg,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, rampasan kesemua barangan tersebut bersama treler adalah RM5.3 juta.

“Tangkapan dan barangan rampasan diserahkan kepada JAS Sungai Petani Kedah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 18 (1A) Akta Kualiti Sekeliling 1974,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI