fbpx
Siti Mang (tengah) pada sidang akhbar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah jenis Kokain, MDMA dan Cannabis di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Dengkil, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Label peralatan perubatan, dalam isi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Cubaan tiga sindiket menyeludup dadah seberat 40.77 kilogram bernilai RM6.6 juta berjaya ditumpaskan dalam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Siti Mang berkata, kes pertama melibatkan rampasan kokain seberat 25,740 gram (g) bernilai RM5.1 juta yang ditemukan dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, 12 September lalu.

“Pemeriksaan bersama Unit K9 menjumpai sebuah beg hitam berisi 25 bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk putih mampat disyaki kokain. Kontena itu dilabel sebagai peralatan perubatan untuk memantau tekanan darah dan dalam status pemindahan penghantaran ke Australia,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, modus operandi sindiket adalah dengan memuatkan dadah bersama dagangan lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagi kes kedua, pihak kastam melakukan serbuan di Banting pada 11 September lalu dan menjumpai dadah 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 367g di dalam kereta yang ditinggalkan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan dua pucuk senjata api bersama peluru hidup dan dadah bernilai RM61,000,” katanya.

Kes ketiga pula melibatkan serbuan di sebuah gudang syarikat kurier dalam Zon Perdagangan Bebas KLIA, 3 September lalu yang membawa kepada rampasan tiga kotak bungkusan berisi tumbuhan disyaki kanabis seberat 14,671g bernilai lebih RM1.4 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI