fbpx
AKSI sukar dihadapi Tang Jie (kiri) dan Ee Wei sebelum menang ke atas Hong Wei-Nicole. - AFP

Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dipaksa ‘bermandi peluh’ sebelum meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne sebentar tadi, juara dunia itu memerlukan tiga set untuk menewaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan 22-20, 17-21, 22-20.

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, gandingan No.3 dunia itu dipaksa bekerja keras selain berdepan detik cemas sebelum menang dalam tempoh lebih sejam.

Ee Wei berkata, mereka berasa cukup puas menerusi kemenangan itu bukan hanya disebabkan berjaya mara ke pusingan seterusnya tetapi juga kerana bangkit daripada ketinggalan.

“Kami meraikan kemenangan ini kerana tadi mereka mendahului 18-15 dan kami berjaya bangkit. Saya rasa ia satu kejayaan kerana berlaku ketika mata penting.

“Bagi saya, ia merupakan satu sesi pembelajaran untuk kami kerana setiap pemain ada kelebihan masing-masing,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menjelang aksi suku akhir esok, Tang Jie-Ee Wei dijadualkan bertemu beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet yang menyingkirkan Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari Jepun.

Turut melangkah ke suku akhir adalah gandingan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang membenam beregu Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson dan akan bertemu Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI