fbpx
GAMBAR dari udara menunjukkan KK Park di perbandaran Myawaddy, timur Myanmar. – AFP

Tentera gempur KK Park, lebih 600 ‘scammer’ bertempiaran lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Lebih 600 orang melarikan diri dari pusat penipuan paling terkenal di Myanmar dan menyeberang ke Thailand, kata  seorang pegawai wilayah Thai kepada  AFP hari ini  selepas tentera menyerbu kompleks itu.

“677 orang melarikan diri dari pusat penipuan  KK Park di Myanmar dan  menyeberang Sungai Moei ke Thailand,” kata Timbalan Gabenor wilayah Tak, Sawanit Suriyakul Na Ayutthaya.

Kompleks-kompleks besar di mana penipu internet (scammer) menyasarkan orang ramai dengan melakukan penipuan cinta dan perniagaan haram lain, berkembang pesat di sempadan Myanmar.

Pusat-pusat penipuan itu berkembang semasa kawasan sempadan kurang kawalan akibat  perang saudara yang dicetuskan oleh rampasan kuasa junta Myanmar pada 2021.

Tindakan keras Naypyidaw yang diumumkan secara meluas bermula pada Februari  lalu menyaksikan sekitar 7,000 pekerja pusat-pusat penipuan dihantar pulang dan  Thailand pula membantu dengan melaksanakan sekatan internet rentas sempadan.

Bagaimanapun,  siasatan AFP pada bulan ini mendapati pembinaan premis-premis sedemikian terus berkembang  manakala alat untuk menerima perkhidmatan internet Starlink dipasang secara besar-besaran, menghubungkan hab penipuan tersebut ke rangkaian satelit milik Elon Musk.

“Polis imigresen dan pasukan  tentera telah bekerjasama untuk memberikan bantuan di bawah prosedur kemanusiaan  dan mereka yang ditahan akan menjalani saringan,” kata Sawanit.

Menurutnya, proses itu membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti sama ada individu terbabit adalah mangsa pemerdagangan manusia dan jika tidak, mereka mungkin didakwa kerana melintasi sempadan secara haram.

Walaupun sebilangan scammer  jelas dipaksa bekerja dalam kompleks dikawal ketat itu, pakar-pakar jenayah berkata, sesetengah mereka secara sukarela menyertai aktiviti haram itu dengan harapan mengaut keuntungan lumayan.

Pejabat Pentadbiran Wilayah Tak yang menyelia kawasan itu menyatakan bahawa  kumpulan yang masuk dari Myanmar itu  terdiri daripada ‘warganegara asing’ merangkumi lelaki dan wanita, manakala pihak berkuasa menjangkakan lebih ramai lagi akan menyeberang ke Thailand. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI