fbpx
DZULKHAIRI ketika ditemui pemberita pada Program Sesi Dialog PDRM Kontinjen Melaka 2025: ‘Scammer Tak Kenal Kesian Duit Kita Jadi Sasaran’ di pusat beli-belah di Peringgit, hari ini. - foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON

Suspek larikan bekas kekasih parah di kepala dihentak pasu bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Suspek yang melarikan bekas kekasihnya dari pekarangan Masjid Ubaidah, Kampung Melaka Pindah di sini pada Selasa lalu, mengalami kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan pasu bunga oleh mangsa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 38 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Melaka dan permohonan reman akan dibuat sebaik sahaja dia dibenarkan discaj oleh pegawai perubatan.

“Suspek mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas dipukul menggunakan pasu bunga oleh mangsa. Siasatan lanjut akan dijalankan sebaik dia stabil dan dibenarkan keluar hospital,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Program Sesi Dialog PDRM Kontinjen Melaka 2025: ‘Scammer Tak Kenal Kesian Duit Kita Jadi Sasaran’ di sebuah pusat beli-belah di Peringgit, hari ini.

Tambahnya, mangsa berusia 35 tahun yang cedera akibat ditikam di lengan kanan serta dipijak bertubi-tubi di dada dan ditumbuk di kepala juga masih mendapatkan rawatan di hospital sama, namun dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Kosmo! malam tadi melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dilarikan bekas kekasihnya di pekarangan masjid berkenaan sebelum ditikam dan dipukul gara-gara menolak cinta lelaki itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek dengan bantuan seorang rakan telah menarik mangsa masuk ke dalam Proton Saga sambil mengacukan pisau lapah sebelum memindahkan wanita tersebut ke kereta lain jenis Proton Wira merah miliknya.

Sepanjang kejadian, suspek turut menikam, memukul dan mengugut mangsa menggunakan pedang samurai.

Wanita itu bagaimanapun sempat menghantar mesej serta perkongsian lokasi langsung (live location) kepada bekas suaminya ketika kenderaan itu diberhentikan di sebuah kedai runcit selepas dia merayu untuk diberikan air.

Mangsa akhirnya diselamatkan oleh dua adik lelakinya yang tiba di lokasi dan ketika berlaku pergelutan, wanita itu bertindak membaling pasu bunga ke arah muka suspek hingga lelaki terbabit rebah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI