fbpx
Anwar ketika diihubungi Narendra.

Perdana Menteri India hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri India, India Narendra Modi memaklumkan akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara dalam talian memandangkan perayaan Deepavali yang masih diraikan di India pada ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Narendra menerusi satu perbualan telefon bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi yang pada masa sama turut membincangkan hal berkaitan pengukuhan hubungan diplomatik antara kedua negara.

“Malam tadi saya menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat Perdana Menteri Republik India Narendra Modi bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–India ke tahap lebih strategik dan menyeluruh. Kami turut menyentuh mengenai penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini. Beliau memaklumkan akan menghadiri secara atas talian memandangkan perayaan Deepavali yang masih diraikan di India pada ketika itu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau menghormati keputusan tersebut dan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada Narendra serta seluruh rakyat India.

Katanya, India kekal sebagai rakan penting Malaysia di lapangan perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama erat di sektor teknologi, pendidikan serta keselamatan serantau.

“Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan Malaysia–India dan meningkatkan lagi kerjasama ASEAN–India ke arah rantau yang lebih aman dan makmur,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI