fbpx
Ritchie bersama piala dan sijil selepas dianugerahkan Tokoh Mualaf Kebangsaan. FOTO: AFIQ RAZALI

Pengalaman ke bumi Palestin buka mata tentang erti sabar dan iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengalaman menjejakkan kaki ke bumi Palestin pada tahun 2020 menjadi detik yang tidak dapat dilupakan bagi seorang mualaf apabila berpeluang melihat sendiri kehidupan rakyat Palestin yang tabah menghadapi tekanan dan sekatan keselamatan.

Dr. Ritchie Jay Cheng, 44, berkata, lawatan ke Baitulmaqdis yang dibuat bersama syarikat agensi pelancongan Islam yang lain sebelum pandemik pada 2020 lalu telah membuka pandangannya terhadap kekuatan iman masyarakat Islam di wilayah berkenaan.

“Saya pergi bersama rakan-rakan dalam satu rombongan agensi pelancongan Islam. Kami hanya dibenarkan berada di kawasan Palestin dan tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Sepanjang berada di sana, kawalan keselamatan sangat ketat, malah kami diperiksa berkali-kali oleh imigresen. Namun rakyat Palestin tetap tenang dan kuat semangat,” katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Mualaf Madani (Kemudi) Peringkat Kebangsaan tahun 2025 di sini hari ini.

Pada majlis penutupan konvensyen itu, Ritchie berasal dari Sabah dinobatkan sebagai Tokoh Mualaf Kebangsaan 2025 dengan penyampaian anugerah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Menurutnya berketurunan Sino-Kadazan itu, penduduk Palestin amat menghormati tetamu dan sering menghulurkan bantuan kepada pelancong yang datang menziarahi Masjid Al-Aqsa meskipun hidup dalam tekanan rejim Zionis.

“Bila saya lihat sendiri keadaan itu, terasa bagaimana orang yang baik dan beriman sering diuji. Mereka sangat sabar dan sentiasa senyum walaupun berdepan situasi yang sukar,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI