fbpx
Pendakwah bebas, Ustaz Wan Halim Md. Yusoff (gambar kecil) menjelaskan syarat sah perkahwinan adalah cukup dengan memenuhi lima rukun nikah.

‘Nikah sah jika cukup rukun, tapi silap tarikh tak patut berlaku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meleraikan kemusykilan isu pernikahan, pendakwah bebas Ustaz Wan Halim Md. Yusoff menjelaskan syarat sah perkahwinan adalah cukup dengan memenuhi lima rukun nikah.

Katanya, perkara wajib yang disyaratkan termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi dua orang lelaki, muslim, baligh, berakal serta ijab dan qabul.

“Satu lagi perlu dilihat dari sudut pentadbiran undang-undang yang berkuat kuasa dengan mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

“Dan perlu dapatkan kebenaran bernikah. Kalau dapat, maka nikahnya sah sahaja,” katanya ketika sesi perkongsian di sebuah siaran stesen radio.

Pada masa sama, pendakwah terbabit turut menyarankan agar pengantin membuat semakan semula bagi setiap dokumen pernikahan termasuk sijil perkahwinan.

“Kalau boleh, kita kena lihat dulu sijil tersebut dari sudut tarikh yang tercatat dan kita perlu buat ‘cross-check’. Jabatan agama berkaitan juga kena membetulkan tarikh pendaftaran dan merujuk pada saksi majlis pernikahan,” ujarnya.

Begitupun, hal berkaitan kesilapan tarikh tidak patut berlaku memandangkn kebiasaannya pihak yang menguruskan sijil akan melengkapkan butiran usai akad nikah disempurnakan.

“Perkara ini sebenarnya tidak akan berlaku kerana penolong pendaftar nikah cerai rujuk atau TPNCR akan menulis tempat serta masa perkahwinan itu selepas angkat nikah dijalankan.

“Sekiranya ada perubahan tarikh pada awal permohonan dan butiran pemohon, dia ada satu lagi borang kosong yang kita isi (tetapi) hanya selepas angkat nikah baru kita isi,” katanya.

Semalam kecoh dalam apabila pelakon Uqasha Senrose mempersoalkan status perkahwinannya dengan aktor Kamal Adli berikutan tarikh pernikahan yang didakwa salah.

Begitupun, perkongsian yang mencetuskan polemik netizen di laman sosial selepas beberapa jam pulang dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi kes permohonan perceraiannya terhadap suami dipercayai sudah dipadamkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu prosiding perceraian mereka selepas Kamal, 39, tidak hadir atas alasan menjalani penggambaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI