fbpx
Orang ramai membantu mengutip udang. - Facebook

Lori terbalik, penduduk ‘sakan’ kutip udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Lombok Barat, wilayah Nusa Tenggara Barat bertungkus-lumus mengutip udang yang terjatuh di atas jalan selepas sebuah lori terbalik dalam satu kemalangan, lapor laman berita Lambe Turah.

Dalam kejadian Khamis minggu lalu, sebuah lori yang membawa muatan itu terbalik selepas terbabas akibat keadaan jalan licin.

Ia menyebabkan sejumlah besar udang jatuh di atas jalan raya.

Melihatkan keadaan itu, orang ramai dengan segera membantu mengutip udang-udang tersebut bagi mengelakkan ancaman bahaya kepada kenderaan lain.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada penguna media sosial.

“Mahu membantu boleh sahaja tetapi jangan sampai ada yang mengambil udang-udang itu. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan pengguna media sosial memuji sikap penduduk yang membantu mengumpul udang, tidak seperti kebiasaan sikap masyarakat yang mengutip objek tumpahan untuk diri sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN