fbpx
Gambar hiasan

Lelaki warga asing ditahan, amang seksual 2 anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki bawah umur yang juga anak saudaranya sendiri.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada semalam selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 3 petang daripada bapa kepada mangsa.

“Pengadu dimaklumkan oleh anaknya mengenai kejadian yang dipercayai berlaku pada tahun 2023 di sebuah rumah di USJ 9, Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek telah memujuk dua beradik berkenaan masuk ke biliknya di tingkat atas sebelum melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mereka.

“Kejadian itu dipercayai berlaku lebih daripada sekali. Kedua-dua mangsa tidak mendedahkan perkara tersebut lebih awal kerana berasa takut dan tidak menyedari bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan,” jelasnya.

Wan Azlan berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga agar sentiasa memantau pergerakan dan persekitaran anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seksual.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN