fbpx
DZULKHAIRI melakukan sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut di sebuah sekolah menengah di Daerah Melaka Tengah, hari ini. – AMRAN ALI/KOSMO!

Kes pukul paling banyak dilakukan pelajar sekolah di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kes pukul dan serangan fizikal paling tinggi direkodkan dalam statistik jenayah kekerasan membabitkan pelajar sekolah di negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sejak Januari hingga September lalu, seramai 18 pelajar ditahan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 324, 325 dan 326 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, ia membabitkan kesalahan mendatangkan cedera, mendatangkan cedera dengan senjata dan mendatangkan cedera parah dengan senjata. Tahun lalu, sebanyak 27 kes direkodkan bagi kesalahan pukul, meskipun menurun namun jenayah itu adalah yang tertinggi direkodkan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kesalahan pukul ini bukan sahaja melibatkan kecederaan ringan, tetapi beberapa kes merekodkan kecederaan parah terhadap mangsa membabitkan penggunaan senjata. Kes disiasat di bawah Seksyen 326KK,” katanya selepas melakukan lawatan mengejut di sebuah sekolah menengah dalam daerah Melaka Tengah, di sini hari ini.

Tambahnya, secara keseluruhan, sebanyak 36 kes jenayah kekerasan pelajar direkodkan di Melaka dari Januari hingga September lalu.

“Kategori kedua tertinggi membabitkan Seksyen 376KK bagi kesalahan rogol iaitu sebanyak 12 kes, diikuti Seksyen 394 dan 395KK kerana merompak dan merompak secara berkumpulan (4 kes).

“Kita turut merekodkan dua kes bunuh yang berlaku di daerah Melaka Tengah dan Jasin,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN