fbpx
Saifuddin Nasution ketika Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi 2025 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Insiden Masjid Rusila, hanya salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan insiden melibatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu hanyalah satu salah faham.

Menurutnya, ia bukan satu tindakan yang luar biasa seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

“Saya sendiri telah lihat semua rakaman sistem rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan tiada perkara luar biasa ditemui,” katanya pada sidang akhbar di sini selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini. Katanya, aduan polis telah dibuat imam masjid itu pada 29 September lalu malah, polis juga telah menemubual Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati ia sekadar salah faham yang telah diselesaikan secara baik oleh pihak pengurusa masjid dan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tidak timbul sebarang isu berhubung perkara itu pada awalnya sehinggalah ia dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum timbul salah tafsir.

“Isu berkenaan tidak wajar diperbesarkan apatah lagi dikaitkan dengan niat serbuan atau unsur politik, kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan awam.

“Saya ingin menasihatkan semua pihak agar berpada dalam membuat kenyataan, terutama melibatkan isu keselamatan dan rumah ibadat, serta berlaku adil dalam menyampaikan maklumat sama ada di dalam atau luar Parlimen.

“Serbuan (dakwaan) oleh anggota komando masuk ruang solat pakai kasut itu gambaran yang tidak betul. Kita mesti sensitif dan jangan timbulkan keadaan yang melukakan perasaan masyarakat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI