PETALING JAYA – “Terlalu banyak kenangan bersama arwah atuk”.
Demikian perkongsian ringkas seorang wanita tentang keakraban hubungan anak lelaki dan ayahnya sebelum ia menjadi memori menyedihkan selepas warga emas itu meninggal dunia.
Hantarannya di media sosial itu, dua turut berkongsi video berdurasi 42 saat yang memaparkan kenangan manis kedua-dua insan kesayangannya.
Perkongsiannya itu sekali gus mengundang rasa sebak orang ramai yang mana rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman sama.
“Patutla atuk sayang sangat dekat kita, rupenya atuk tak teman kita sampai dewasa,” kata seorang individu.
“Cucu yang membesar dengan atuk ja faham perasaan ni,” ujar netizen yang lain.
“Kita senasib dik. Abang dulu gelap separa dunia arwah atuk tinggalkan abang,” kongsi @Twentyfoureight Runner. – KOSMO! ONLINE
@nurul_4nis Terlalu banyak kenangan bersama arwah atok 🥹 #fypシ゚ #cucuatok ♬ original sound – α∂ιк