fbpx
Suspek (depan, kiri) ketika dibawa reman di Mahkamah Balik Pulau, Rabu lalu.

Fasilitator ‘sentuh’ murid di kem motivasi didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Fasilitator yang didakwa mencabul emat murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai program di sebuah kem motivasi di Kampung Genting akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pagi esok.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 33 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek akan dituduh esok,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tempoh reman ke atas suspek disambung tiga hari lagi, bermula Rabu lalu.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 16 Oktober sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku pada 12 Oktober lalu ketika program motivasi membabitkan sebuah sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak.

Suspek yang merupakan fasilitator jemputan dikatakan bertindak mencabul mangsa ketika waktu tidur di asrama penginapan kem motivasi berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa peserta kem sedang tidur pada tengah malam di dalam dorm yang menempatkan murid lelaki.

Suspek dikatakan telah menyentuh bahagian badan keempat-empat mangsa mangsa tanpa kerelaan mereka.

Mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada guru besar selepas pulang dari kem berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam oleh guru besar berkenaan di Balai Polis Bagan Serai, Perak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI