fbpx
SEORANG wanita berjalan melintasi logo ASEAN di hadapan Menara Kembar Petronas, Kuala Lumpur hari ini.- AFP

China, Amerika Syarikat akan berunding di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China hari ini menyatakan akan mengadakan pusingan rundingan perdagangan seterusnya dengan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, ketika dua ekonomi terbesar dunia itu berusaha mengelak daripada terus meningkatkan perang tarif timbal balik yang merosakkan.

“Seperti dipersetujui oleh China dan AS, Timbalan Perdana Menteri He Lifeng akan mengetuai delegasi Beijing ke Malaysia dari 24 hingga 27 Oktober ini untuk mengadakan rundingan ekonomi  dan perdagangan dengan Washington,” kata Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan.

Beijing pada bulan ini mengumumkan kawalan menyeluruh ke atas industri nadir bumi kritikal, mendorong Presiden Donald Trump mengancam tarif 100 peratus ke atas import dari China sebagai tindak balas.

Kedua-dua negara juga mula mengenakan yuran ketibaan ke atas kapal masing-masing selepas Washington menuduh  dominasi Beijing dalam industri nadir Bumi sebagai tidak munasabah.

Trump kemudian mengancam membatalkan pertemuan yang dijangka dengan rakan sejawat beliau dari China, Xi Jinping di Korea Selatan di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang bermula 31 Oktober ini.

Bagaimanapun, presiden AS berkenaan kemudian menjelaskan bahawa beliau berharap untuk memeterai perjanjian ‘baik’ dengan China dan menamatkan perang perdagangan.

Rundingan perdagangan itu bertindih dengan lawatan Trump ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur untuk mesyuarat sidang Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) dari 26 hingga 28 Oktober ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI