fbpx
SEBUAH bot yang disyaki membawa dadah dibom oleh tentera AS. - AFP

Amerika bom lagi bot disyaki angkut dadah, 2 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengebom sebuah bot disyaki digunakan dalam penyeludupan dadah, kali ini di perairan Pasifik Timur, lapor akhbar  New York Post semalam.

Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth berkata, serangan tentera AS itu mengakibatkan dua pengganas narkotik di atas bot tersebut terbunuh.

Menurutnya, serangan kelmarin merupakan yang kelapan menyasarkan bot disyaki membawa dadah.

Ia bagaimanapun serangan pertama tentera Amerika di luar Laut Caribbean, menandakan perluasan usaha Presiden Donald Trump untuk menumpaskan rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.

Namun, setiausaha perang itu tidak mendedahkan dari mana asal bot tersebut.

“Semalam (kelmarin) atas arahan Presiden Trump, Jabatan Perang melancarkan serangan maut terhadap sebuah bot dikendalikan organisasi pengganas yang terlibat dalam penyeludupan dadah di Pasifik Timur

“Bot tersebut dikenal pasti oleh risikan kami sebagai terlibat dalam penyeludupan dadah. Ia melalui laluan yang diketahui digunakan untuk penyeludupan narkotik dan membawa bekalan dadah. 

“Terdapat dua pengganas narkotik di atas bot semasa serangan dilakukan di perairan antarabangsa. Kedua-dua pengganas terbunuh dan tiada anggota tentera AS yang cedera dalam serangan ini,” kata Hegseth di platform X.

 Rakaman dari udara menunjukkan bot tersebut meluncur laju di permukaan laut, namun beberapa saat kemudian ia meletup serta terbakar akibat bedilan tentera AS.

Colombia dan Peru iaitu  antara pengeluar kokain terbesar dunia mempunyai pesisir pantai menghadap perairan Pasifik Timur.

Awal minggu ini, Hegseth  mengumumkan bahawa serangan udara pada 17 Oktober lalu menyebabkan tiga individu  yang didakwa pengganas narkotik terbunuh. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan Ejercito de Liberacion Nacional Colombia iaitu sebuah kumpulan pemberontak yang dilabel Washington sebagai organisasi pengganas asing. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI