fbpx
Kapten Selangor FC, Faisal Halim cuba menghalang tonggak Persib Bandung, Eliano Reijnders pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Facebook Persib Bandung

ACL2: Selangor FC ‘putih mata’ dibaham Persib Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian Selangor FC untuk meraih kemenangan pertama dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL2) selepas tewas 0-2 kepada juara Liga Indonesia, Persib Bandung dalam aksi Kumpulan G, sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Gelora Bandung Lautan Api itu, Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Christope Gamel membariskan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Faisal Halim, Chrigor Moraes dan Alvin Fortes di posisi serangan.

Meskipun masih segar dengan kejayaan menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 baru-baru ini, Selangor FC dilihat agak tertekan dengan tuan rumah mendominasi pada awal saingan.

Asakan bertali arus pasukan kendalian Bojan Hodak itu membuahkan hasil apabila meraih gol pada minit ke-29 hasil serangan balas pantas yang berjaya disudahkan oleh Adam Alis ketika situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Gergasi Merah, Sikh Izhan.

Bersambung pada babak kedua, Selangor FC dilihat tampil lebih bertenaga dengan melakukan beberapa siri serangan ke arah gawang Persib tetapi gagal menerjah jaring.

Kelekaan di benteng pertahanan dihukum selepas Persib dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-66 yang berjaya disempurnakan oleh Andrew Jung.

Gol tersebut merentap semangat Selangor dengan tuan rumah terus memburu gol ketiga tetapi tidak berhasil dengan keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat.

Persib kini mendahului carta Kumpulan G dengan tujuh mata selepas satu lagi perlawanan menyaksikan kelab Thailand, Bangkok United berjaya menewaskan Lion City Sailors 1-0,

Selangor FC pula kekal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut di peringkat kumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN