fbpx
Keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Kg. Kayan, Lekir pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

Wanita maut dilanggar lori ketika bantu mangsa kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Niat murni sebuah keluarga mahu membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila seorang wanita maut akibat dilanggar sebuah lori di Jalan Kg. Kayan berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kayan di Lekir, Sitiawan dekat sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 8.19 pagi tadi.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda yang telah terbabas di bahu jalan. Terdapat dua mangsa lelaki yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sebuah motosikal SYM yang cuba membantu kereta Honda tersebut kemudiannya telah dilanggar oleh sebuah lori, serta turut melibatkan sebuah kenderaan Toyota Hilux dan motosikal Honda EX5,” katanya di sini hari ini.

Keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Kg. Kayan, Lekir pagi tadi. – Foto IHSAN JBPM

Difahamkan, wanita berusia 43 yang maut itu menaiki motosikal bersama suaminya, 43, serta dua orang anak perempuan masing-masing berusia enam dan tiga tahun.

Mangsa yang mengalami kecederaan termasuklah suami mangsa dan dua orang anaknya, pemandu lori serta penunggang motosikal Honda EX5.

Shazlean berkata, ketua operasi melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hydraulic.

Katanya, mangsa yang berjaya dikeluarkan dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak 0olis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal pada pukul 9.40 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 11.10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI