PETALING JAYA – Siapa sangka lelaki ‘rawak’ yang dianggap orang biasa rupa-rupanya pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Woo Bin.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita tempatan selepas adiknya berkongsi semula foto lama mereka di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi perkongsian pengguna @Enciktoi di TikTok, individu itu memuat naik swafoto kakaknya bersama pelakon kacak tersebut yang dirakam kira-kira setahun lalu ketika penggambaran drama bersiri ‘Genie, Make a Wish’.
Gambar berserta kapsyen ‘Kakakku bersama lelaki rawak di Korea’ menarik perhatian ramai yang terhibur dengan kenyataan tersebut.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan ‘nasib baik’ wanita berkenaan.
“Akak! Kim Woo Bin tu, kak. Saya tengah tengok cerita dia,” kata Z.
“Memang selalunya begitu. Orang yang tak tahu menahu atau tidak tengok K-drama memang rawak saja jumpa pelakon Korea,” balas Yeon Kimin.
“Beritahu tajuk dekat Netflix ada tak? Saya nak tolong carikan kakak awak, mana tahu terselit dalam drama tu,” komen Yaya Lydiya. – KOSMO! ONLINE
@enciktoi Replying to @YayaLydiya Then, mana kakak saya. dia yg bhgn yg dikaburkan tula kot agaknya. Cuba teka cerita apa ni #foryou #kimwoobin ♬ suara asli – Tonisant💫 – Lane Men’s Shop