fbpx
MBAPPE dan Guler berjaya membentuk gandingan mantap menerusi persefahaman mereka sekali gus menjadi sandaran penting Real menjelang aksi menentang Juventus. - AFP

UCL: Real ‘cagar’ kombinasi Mbappe, Guler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Gandingan Kylian Mbappe dan Arda Guler bakal menjadi sandaran utama buat Real Madrid yang akan melayan Juventus pada aksi ketiga Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

Ketajaman Mbappe setiap kali memperoleh peluang bukan lagi rahsia di mana bintang kebangsaan Perancis itu kini sudah pun meledak 11 gol berturut-turut buat Les Bleus dan kelab menyebabkan dia memikul tugas merobek gawang Juventus.

Mbappe kini sudah pun mengumpul 18 gol dalam hanya 14 penampilan, manakala musim ini Guler sudah mencipta 23 peluang, jumlah ketiga paling banyak dalam lima liga utama di Eropah di belakang Nico Paz (Como) dan Mbappe.

“Saya tidak mahu terlalu bergantung kepada Mbappe, tetapi saya boleh katakan saya gembira dengan apa yang dia lakukan. Dia cukup bagus dalam setiap jaringan yang terhasil tetapi banyak perkara lain turut memainkan peranan,” kata pengendali Real, Xabi Alonso.

Gandingan kedua-dua pemain itu sudah pun terbukti beri impak besar buat Real dimana lima daripada 10 gol yang dihasilkan Mbappe adalah terhasil daripada umpanan Guler.

“Arda memberikan impak kepada permainan kami apabila dia mampu mengesan kedudukan Mbappe. Ia adalah penting memiliki pemain yang memiliki naluri sama ketika kami bergelut untuk mendapatkan rentak,” jelasnya.

Selepas dua perlawanan awal, Real yang juga juara 15 kali itu kekal dengan rekod kemenangan bersih untuk kekal berada dalam kelompok atas apabila menewaskan Marseille serta Kairat Almaty. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN