fbpx
KETIGA-TIGA tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka selepas dijatuhi hukuman berhubung kes liwat dan cubaan liwat, petang tadi. Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Tiga sahabat didenda hingga RM8,500 kes hubungan sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tiga sahabat masing-masing didenda RM4,000 hingga RM8,500 selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan dan cubaan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii.

Hakim Kanan Syarie, Abu Bakar Mohd. Daud menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Fahmi Kamarudin, 26, Muhammad Nabil Junaidi, 24, dan Meor Aliff Isqandar Meor Shaharudin, 21, di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka di sini hari ini.

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 hingga 30 bulan ke atas ketiga-tiga tertuduh, namun ditukarkan kepada perintah menjalani kerja amal selepas meneliti sifat dan latar belakang pesalah.

Dengan keputusan itu, Mohammad Fahmi dan Muhammad Nabil masing-masing diarah menjalani kerja amal 10 bulan, manakala Meor Aliff Isqandar pula diarah berbuat demikian selama lapan bulan.

Mereka perlu menjalani kerja-kerja wajib sekurang-kurangnya empat jam sehari dan sekiranya gagal, hukuman asal termasuk penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda boleh terus dikuatkuasakan.

Mahkamah menetapkan denda RM4,500 dan penjara 30 bulan bagi pertuduhan pertama terhadap Mohammad Fahmi dan Muhammad Nabil, serta denda RM4,000 dan penjara 24 bulan bagi pertuduhan kedua melibatkan ketiga-tiga tertuduh. Hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Negeri Melaka, Radzwan Abdullah, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Untuk rekod, pendakwaan kes seks luar tabii tersebut pertama kali dibicarakan dan diputuskan hukuman di Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN