fbpx
Hapisah menunjukkan gambar Aiza Nur Elysha ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi hari ini. Foto oleh MASTURAH SURADI / KOSMO!

‘Tahu anak maut dari kumpulan WhatsApp selepas kereta terbakar tersebar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang ibu di sini mengetahui anaknya maut daripada kumpulan WhatsApp selepas berita kemalangan melibatkan gadis dan teman lelakinya itu tersebar.

Hapisah Abdul Aziz, 50, berkata, dia dimaklumkan oleh salah seorang anaknya bahawa kereta Toyota Vios dinaiki Aiza Nur Elysha Sabri, 17, bersama teman lelakinya, Muhammad Daniel Saberi, 21, terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili, di sini.

“Kira-kira pukul 7 pagi ada polis hubungi saya menyuruh saya ke hospital bawa kad pengenalan anak. Masa tu memang tak tahu anak sudah meninggal dunia kerana polis belum maklum keadaan anak.

“Namun bila dimaklumkan sedemikian kami semua sudah dapat agak sebab dah tersebar di ‘group’ WhatsApp ada kemalangan kereta terbakar dimana seorang lelaki dan perempuan maut.

“Anak-anak lain memang kenal kereta Toyota Vios itu adalah kenderaan yang dinaiki anak dan teman lelakinya, ” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Suri rumah itu berkata, Muhammad Daniel memang ada meminta izin kepadanya mahu membawa Aiza Nur Elysha yang mesra dipanggil baby itu keluar pada petang semalam.

“Dia tak cakap hendak ke mana, tapi dia minta izin nak keluar. Akak kata boleh. Masa tu dalam pukul 5.30 petang katanya dia nak sambut hari lahir Muhammad Daniel.

“Mereka memang dah biasa mereka keluar bersama, tapi setiap kali hendak keluar memang Muhammad Daniel akan meminta izin terlebih dahulu kepada saya,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI