PETALING JAYA – Syarat kesihatan diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi bagi jemaah haji Musim 1447H/2026M merupakan satu peraturan baik untuk dipatuhi, bahkan ia sejajar dengan syarat wajib haji di dalam Islam. Pengarah Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, secara dasar beliau bersetuju dengan syarat diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi, malah ia langkah dalam mengurangkan perbelanjaan jemaah haji Malaysia. “Saya sebagai bekas pekerja Lembaga Tabung Haji (TH) dekat 25 tahun, saya masak sangat. Syarat wajib……