fbpx
Gambar hiasan.

Suspek pecah rumah hanya jalan kaki, sasar rumah mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah mewah di sekitar Seberang Perai selepas lima individu diberkas dalam satu operasi di Bukit Tambun, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, 16 Oktober lalu itu, pengawal keselamatan taman perumahan terbabit menyedari kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan melalui rakaman televisyen litar tertutup sebelum suspek menceroboh beberapa rumah di kawasan berpagar berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pengawal keselamatan berkenaan kemudian segera membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Tambun digerakkan ke lokasi kejadian.

”Seorang suspek lelaki ditahan di taman perumahan tersebut disusuli empat lagi suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 47 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah serta kesalahan dadah,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, turut dirampas dua buah kereta jenis Toyota Avanza dan Honda Civic EFI, tiga motosikal, lima telefon bimbit serta pelbagai peralatan pecah rumah seperti pahat besi, parang, topeng muka, sarung tangan dan alat pengumpil tingkap.

”Dengan tertangkapnya kumpulan ini polis berjaya menyelesaikan sebanyak 28 kes pecah rumah di tiga daerah berkenaan yang dianggarkan melibatkan kerugian melebihi RM100,000,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan rumah mewah dalam kawasan berpagar keselamatan (gated and guarded) dengan berjalan kaki bagi mengelak dikesan serta menggunakan pahat kecil untuk mengumpil pintu utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI