fbpx
Gambar hiasan.

Sara: Kedai runcit luar bandar dapat limpahan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi serta pasar mini di kawasan luar bandar dan pedalaman turut mendapat manfaat daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, perniagaan terbabit menerima limpahan ekonomi daripada pelaksanaan Sara oleh Kerajaan Madani.

“Jumlah Rakan Niaga Sara setakat 21 Oktober telah meningkat kepada 8,400 buah kedai berbanding 700 pada tahun 2024 dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman untuk memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berhubung langkah kerjaan memastikan kedai runcit kampung tidak terlepas peluang memanfaatkan perbelanjaan besar kerajaan tersebut.

Hui Ying berkata, bagi meluaskan capaian serta memastikan kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar dan pedalaman turut mendapat faedah, program Sara di lapangan dilaksanakan dengan Program Jualan Rahmah.

Melalui kaedah itu, katanya, penerima bukan sahaja mendapat harga barangan yang murah, tetapi dapat membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di premis Rakan Niaga Sara yang turut merupakan operator Program Jualan Rahmah.

Selain itu, katanya, penetapan kedai dan pasar raya Rakan Niaga Sara mengambil kira bilangan penerima di sesebuah kawasan luar bandar dan pedalaman dengan jarak sekurang-kurangnya 10 kilometer yang membuka peluang meluas kepada kedai runcit tempatan menyertainya.

“Sesi libat urus bersama persatuan dan agensi berkaitan turut dilaksanakan bagi memastikan kedai runcit persendirian dan kedai koperasi turut serta sebagai Rakan Niaga Sara.

“Antara koperasi yang telah berjaya menjadi Rakan Niaga Sara adalah Koperasi Penjara Berhad, Koperasi Felcra dan Koperasi Felda Sungai Koyan 2,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI