PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Perlis dan Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
“Turut terlibat seluruh Pulau Pinang serta Perak di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Selangor turut dijangka mengalami cuaca buruk membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya hari ini.
Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan MetMalaysia untuk beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Port Dickson), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE