fbpx
Pengamal media menunggu suspek remaja lelaki yang menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama yang akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini.

Remaja tikam pelajar 16 tahun tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelajar lelaki yang menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini tiba di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek tiba kira-kira pukul 8.50 pagi yang mana pertuduhan terhadap pesalah juvana itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun, pihak media tidak dapat merakam foto suspek kerana difahamkan dia yang diiringi anggota polis terus dibawa ke Mahkamah Majistret.

Semalam Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya memaklumkan selepas
meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan jasad pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya selamat disemadikan.

Mendiang disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana Shah Alam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis telah menahan supek yang juga seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah terbabit sekitar pukul 9.30 pagi.

Sejurus selepas kejadian itu, keluarga mangsa dalam satu sidang akhbarnya mendakwa terdapat kira-kira 200 tikaman ditemui pada badan remaja perempuan tersebut yang ditemui mati dalam tandas di sekolah itu.

Ibu mangsa dipetik berkata, berdasarkan penjelasan ahli patologi, kecederaan yang dialami anak bongsunya itu meliputi bahagian leher, termasuk bahagian rusuk, namun tiada kesan tikaman pada muka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN