KUALA LUMPUR – Dua lokasi di ibu negara terpaksa ditutup sepenuhnya kepada laluan trafik ekoran kejadian pokok tumbang petang ini.
Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan, kawasan terjejas adalah di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah menghala ke Jalan Dutamas berhampiran Arte Mont Kiara.
Katanya, penutupan turut dilakukan di Persimpangan Metro Prima dan Jalan Kepong Bahru berhampiran sebuah gereja.
“Anggota bomba berada di lokasi kejadian. Aliran trafik di kawasan terlibat dilaporkan perlahan,” katanya menerusi hantaran di media sosial. – KOSMO! ONLINE