fbpx
Pasukan polis tiba di Mission Beach selepas sebuah pesawat ringan mendarat cemas akibat kegagalan enjin kelmarin. - CBS News 8

Pesawat mendarat tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Pengunjung sebuah pantai di California, Amerika Syarikat terkejut apabila sebuah pesawat ringan mendarat cemas selepas mengalami masalah enjin, lapor portal berita NBC San Diego. 

Pesawat jenis Cessna itu mendarat sekitar pukul 11.40 pagi (waktu tempatan) di Mission Beach, bandar San Diego semalam. 

Ia berlepas dari bandar Oceanside kira-kira 20 minit lebih awal, demikian menurut polis tempatan. 

Juruterbang memberitahu bahawa dia dan anak perempuannya sedang terbang di atas kejiranan Bird Rock sebelum enjin pesawat tiba-tiba gagal berfungsi.

Seorang saksi berkata, juruterbang memilih tempat yang sesuai untuk mendarat. 

“Tiada kecederaan dilaporkan dan pesawat tidak mengalami sebarang kerosakan,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI