fbpx
Dahlia Rizal mengakui saling berkongsi kata laluan telefon serta laman sosial dengan suami tanpa sebarang masalah.

‘Periksa telefon suami, aku seorang sahaja ke gila?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak berahsia, isteri kepada pelakon Imran Aqil, Dahlia Rizal mengakui saling berkongsi kata laluan telefon serta laman sosial dengan suami tanpa sebarang masalah.

Sekali gus, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, terkejut apabila ada wanita lain tidak pernah memeriksa ‘isi’ alat komunikasi teman hidup mereka.

“Saya dapati perkara sebegini (tidak periksa telefon suami) sebagai mengejutkan atau (sebenarnya) mungkin tidak.

“Kebanyakan wanita atau kawan perempuan saya yang sudah kahwin maklumkan tak tahu ‘password’ pasangan.

“Mereka juga tidak sembarangan memeriksa telefon atau media sosial suami,” katanya dalam perkongsian di Threads.

Sehubungan itu, pempengaruh terbabit tertanya-tanya sama ada hanya dirinya sahaja yang membuat tindakan sedemikian.

“Saya macam, ‘aku seorang sahaja ke gila?’,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Lucunya, hantaran yang mencetuskan pelbagai respons pengguna Threads lain turut meraih perhatian suaminya yang memberikan balasan ringkas.

“Ya, awak seorang sahaja,” tulis pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu.

Menerusi ruangan komen, ramai wanita menyokong tindakan Dahlia memeriksa telefon insan tersayang, selain mahu mengikut langkahnya.

“Dalam situasi sekarang memang suami isteri kena pantau mesej pasangan masing-masing. Bukan menyibuk, cuma demi kesejahteraan keluarga,” kata netizen.

Terdahulu, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra yang berusia lima bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI