fbpx
Orang ramai teruja melihat fenomena air pasang besar di Padang Kota Lama, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

[VIDEO] Percikan air laut sampai ke tiang lampu di Padang Kota Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Fenomena air pasang besar di pesisir pantai Padang Kota Lama di sini telah menarik perhatian orang awam terutama pengunjung luar yang mahu menghabis cuti perayaan Deepavali, hari ini.

Tinjauan Kosmo! Online pada pukul 1.30 tengah hari tadi mendapati, paras air laut mencecah ke laluan bawah pejalan dan ombak tinggi kelihatan menghempas tembok laut dengan kuat.

Percikan air laut yang tinggi juga ada masanya melambung melebihi tiang lampu jalan, menjadikan suasana di kawasan itu kelihatan cukup mencemaskan.

Amaran keselamatan itu dibuat susulan kejadian ombak besar yang berulang kali melimpah ke laluan pejalan kaki, bimbang berlakunya kemalangan atau individu terjatuh ke laut.

Difahamkan, fenomena air pasang besar berlaku dua kali sehari dan kebiasaannya lebih ketara ketika musim peralihan monsun disertai angin kencang dari arah laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI