fbpx
Anwar ketika berucap pada MAPIN dan Penyampaian Anugerah AIGA 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Peningkatan peruntukan Sabah dibuat atas keperluan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peningkatan peruntukan khas Sabah kepada RM600 juta tahun depan dibuat berdasarkan keperluan sebenar di negeri itu.

Justeru, Perdana Menteri berkata, soal peruntukan kepada negeri tidak harus dijadikan isu politik oleh segelintir pihak.

Menurutnya, walaupun hasil negeri Sabah dianggarkan RM10 bilion, namun perbelanjaan disalurkan kepada negeri itu mencecah RM17 bilion.

“Jadi, soal hasil dari Sabah RM10 bilion, belanja untuk Sabah RM17 bilion, bagi saya bukan isu. Itu ikut keperluan. Perlis sampai sekarang masih dibantu termasuk dari segi gaji penjawat awam kerana hasilnya sangat terbatas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional (MAPIN) dan Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Pada majlis sama, Anwar turut menyampaikan Anugerah Perdana Menteri kepada dua organisasi dari sektor swasta dan sektor awam yang telah menjadikan inisiatif pembudayaan integriti, governans dan antirasuah agenda utama dalam pengoperasian organisasi.

Pada masa sama, Anwar turut membidas dakwaan dilemparkan segelintir pihak kononnya ada negeri yang dianak tirikan oleh kerajaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN