fbpx
Gambar hiasan

Pemandu lori direman 3 hari pukul lelaki di stesen minyak Pandan Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang pemandu lori direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes memukul seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Pandan Indah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki tempatan berusia 60 tahun itu ditahan petang semalam.

Katanya, penahanan lelaki berkenaan dilakukan oleh pihaknya kira-kira pukul 5.15 petang untuk siasatan lanjut.

“Permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Ampang dan mahkamah membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, gara-gara diakwa memotong giliran ketika mengisi minyak, seorang lelaki cedera dalam pergelutan dengan individu tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Pandan Indah, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun sedang mengisi minyak sebelum didatangi seorang lelaki menaiki lori yang menuduhnya memotong barisan.

Mohd. Azam berkata, mangsa sudah menjelaskan bahawa dia menggunakan pam berbeza, namun suspek tetap tidak berpuas hati.

Suspek kemudian menyentuh hidung mangsa dengan jarinya sebelum mengeluarkan satu objek tidak dikenal pasti dari seluar sebelum mencucuk objek berwarna merah ke arah hidung mangsa menyebabkan kecederaan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI