fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Faisal meletakkan sebuah motosikal rosak di dalam ambulans. - Detik

Pemandu angkut motosikal guna ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemandu di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan nyaris dipecat selepas dirakam mengangkut sebuah motosikal rosak menggunakan ambulans yang dikendalikannya, lapor portal berita Detik. 

Pemandu dikenali sebagai Faisal, 30, memberitahu bahawa dia ternampak seorang lelaki meminta tolong ketika dalam perjalanan ke Makassar. 

“Motosikal itu rosak di tengah jalan, menyebabkan pemiliknya meminta tolong. Dia juga ingin menuju ke Makassar. 

“Dia cuba meminta bantuan daripada beberapa kenderaan yang melintas tetapi tidak dilayan,” kata Faisal. 

Tambah Faisal, dia telah diberi teguran oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gowa atas kesalahan menggunakan ambulans untuk mengangkut motosikal. 

“Saya bersalah kerana menggunakan ambulans untuk perkara yang tidak sesuai. Saya juga disuruh membuat pernyataan untuk tidak mengulangi perkara serupa pada masa akan datang,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI