fbpx
Gambar hiasan

MOT perkenal kempen khas diskaun saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan pemberian diskaun saman yang berasaskan program atau kempen khas akan digantikan dengan prinsip ‘the less you delay, the less you pay’ bermula 1 Januari 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, konsep itu diperkenalkan kerana kerajaan mendapati bahawa diskaun diberikan seperti sebelum ini tidak adil bagi mereka yang bertanggungjawab membayar awal.

“Pemberian diskaun saman berasaskan program adalah tidak adil kepada golongan yang bertanggungjawab dan membayar saman mereka dengan lebih awal.

“Berdasarkan prinsip the less you delay, the less you pay kadar kompaun adalah lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Loke berkata, pendekatan ini bertujuan untuk memberikan insentif kepada mereka yang bertanggungjawab menjelaskan saman dengan segera.

“Perincian struktur baru kadar pengurangan kompaun saman adalah seperti berikut kalau bayar dari satu hingga 15 hari iaitu kurang daripada 15 hari pengurangan 50 peratus.

“Daripada 16 hingga 30 hari pengurangan 33 peratus, daripada 31 hari ke 60 hari kadar kompaun adalah maksimal kalau RM300, kadar maksimal RM300,” katanya.

Katanya, saman daripada 61 hari ke atas maka tindakan mahkamah dan senarai hitam akan dilaksanakan terhadap pemilik kenderaan tersebut.

“Walaubagaimanapun, kadar insentif ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompau ataupun non-kompoundable seperti tiada insurans, racing kenderaan motor dan mempamerkan LKM palsu.

“Untuk maklumat orang ramai ada kesalahan-kesalahan serius yang tak boleh dikompaukan. Dia mesti pergi ke tindakan mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI