fbpx
SEORANG lelaki maut selepas vape meletup ketika sedang memancing. - Foto Facebook/Polis Bandar Nong Bua Lamphu

Lelaki maut vape meletup ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand maut selepas rokok elektronik (vape) miliknya meletup ketika dia sedang memancing di Ban Kut Chim, daerah Mueang, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Ia merupakan kes kematian pertama di negara itu yang disahkan berpunca daripada peranti vape.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditemukan tidak bernyawa berhampiran pintu limpah air di Ban Kut Chim pada 18 Oktober lalu selepas dia keluar memancing.

Pada mulanya, pihak polis menyangka terdapat unsur jenayah, namun hasil bedah siasat mendedahkan punca kematian yang lebih mengejutkan iaitu letupan bateri vape.

Menurut polis, pegawai forensik menemui kecederaan serius pada mulut, muka, dada dan tangan kiri mangsa.

Kecederaan paling serius dialami pada tangan kirinya, di mana terdapat koyakan daging dan serpihan logam yang tertanam selaras dengan kesan letupan daripada sebuah peranti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI