fbpx
Tertuduh (gambar) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

[VIDEO] Lelaki Iran mengaku curi RM400, didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Iran mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri RM400 milik seorang lelaki tempatan, September lalu.

Tertuduh, Hossein Yazdanjoo, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM400 milik seorang lelaki tempatan dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di kampung Cross Street, Bukit Mertajam, kira- kira pukul 6.30 petang, pada 26 September lalu.

Hossein didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Kosmo! difahamkan, tertuduh membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI