fbpx
Seorang lelaki berjalan melepasi skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul hari ini. - AFP

Korea Utara bedil peluru berpandu balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik hari ini, pelancaran pertama seumpamanya dalam tempoh beberapa bulan, seminggu sebelum pemimpin dunia termasuk Presiden Donald Trump melawat Korea Selatan untuk satu sidang kemuncak.

Ketua Turus Bersama Seoul berkata, ia telah mengesan beberapa peluru, dipercayai peluru berpandu balistik jarak dekat.

Peluru berpandu itu ditembak sekitar pukul 8.10 pagi (waktu tempatan) dari kawasan selatan ibu negara Pyongyang, kata tentera Seoul.

Ia terbang sejauh kira-kira 350 kilometer, tambah Seoul.

Pelancaran itu adalah yang pertama seumpamanya sejak Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung memegang jawatan pada Jun lalu.

Trump sebelum ini berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un pada tahun ini berikutan beberapa pertemuan semasa penggal pertama beliau.

Media Korea Utara melaporkan bahawa Jong-un terbuka untuk rundingan masa depan, dengan syarat bahawa Amerika Syarikat melepaskan tuntutan ‘khayalannya’ supaya Pyongyang melucutkan senjata nuklear. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI