fbpx
Zaini ketika ditemui pemberita selepas Peluncuran Program Citra Remaja Unggul Peringkat Negeri Kelantan 2025 di SMK Ismail Petra, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Kematian budak 4 tahun kes pertama strok haba di Kelantan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kematian seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tertinggal di dalam sebuah kereta selama tiga jam di Kampung Tanah Putih, Gua Musang kelmarin merupakan kes pertama strok haba yang direkodkan di Kelantan pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, siasatan mendapati, kanak-kanak terbabit dipercayai dibiarkan bersendirian di dalam kereta ketika keadaan cuaca yang panas.

Menurutnya, sehubungan itu, ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak bagi mengelakkan mereka tertinggal di dalam kenderaan atau di tempat lain.

“Kematian kanak-kanak itu merupakan kes pertama melibatkan strok haba di Kelantan. Kanak-kanak memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya semasa cuaca panas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Peluncuran Program Citra Remaja Unggul Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra di sini, hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat strok haba selepas tertinggal di dalam sebuah kereta selama tiga jam di Kampung Tanah Putih, Gua Musang kelmarin.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam kereta apabila keluarganya terlupa membawa masuk ke dalam rumah selepas pulang dari sarapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI