fbpx
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Istanbul, Turkiye. - Foto AFP

Isteri saman suami kerana digelar ‘montel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Sebuah mahkamah Turkiye memerintahkan seorang lelaki membayar pampasan kepada bekas isterinya sebagai ganti rugi material dan moral selepas dia menyimpan nama wanita itu sebagai ‘montel’ dalam telefon bimbit, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Nama yang disimpan dalam senarai kenalan adalah ‘Tombek’ yang bermaksud ‘montel’.

Gelaran itu terbongkar semasa prosiding mahkamah ketika pasangan tersebut melalui proses perceraian.

Wanita berkenaan mendakwa bahawa gelaran berbaur hinaan itu telah merendah-rendahkannya dan merosakkan hubungan rumah tangga mereka.

Menurut portal berita Haberler, mahkamah memerintahkan lelaki tersebut membayar pampasan kewangan dalam jumlah yang tidak didedahkan kepada bekas isterinya. 

Keputusan itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial dengan ada netizen memuji keputusan tersebut, manakala yang lain berpendapat ‘montel’ mungkin sekadar panggilan mesranya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI