fbpx
Mangsa yang cedera akibat letupan mercun di Jalan Paya Besar, Kulim kelmarin.

Insiden bunga api berpunca daripada pembakaran disyaki piroteknik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Insiden letupan bunga api di Payan Besar, Kulim baru-baru ini disahkan berpunca daripada pembakaran bahan letupan disyaki jenis piroteknik yang tidak dibenarkan dijual kepada orang awam.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan menegaskan penjualan, pemilikan dan penggunaan bunga api atau mercun yang tidak diluluskan adalah haram di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

​“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Dua suspek yang disyaki terlibat telah ditahan.

“Siasatan dijalankan merangkumi aspek kecuaian, pemilikan haram dan pengendalian bahan letupan tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

​KDN berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang termasuk penarikan semula kelulusan syarikat pengendali bunga api yang gagal mematuhi peraturan.

KDN turut mengesahkan kejadian di Kulim itu berlaku ketika orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api di lokasi tersebut.

​“Seramai 22 mangsa cedera dan sebahagian mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kulim, manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Orang awam dan penganjur aktiviti keramaian diingatkan supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi garis panduan KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“KDN dan PDRM akan terus memantau situasi semasa sepanjang musim perayaan dan menyeru semua pihak agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“KDN kekal komited untuk memperkukuh peranan menjaga keselamatan dalam negeri, melindungi kepentingan rakyat dan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI